Monday, May 14, 2012

KEMPEN HARI TANPA GULA
TARIKH:-10 MEI 2012
MASA:-8.00 PAGI - 11.30 PAGI
TEMPAT:- DEWAN SERBAGUNA JAWI


PERKONGSIAN MAKLUMAT OH...PAHITNYA GULA


Kami ada menyentuh sedikit sebanyak tentang gula pada pada bahagian Karbohidrat yang lalu. Di sini kami hanya menambah beberapa lagi maklumat mengenai keburukan pengambilan gula secara berlebihan.

Gula hanya menambah kalori (tenaga) kepada badan dan ia banyak digunakan di dalam minuman harian anda. Sebab itu, apabila lepas bersukan anda gemar megambil minuman yang bergula (manis)bagi mengembalikan tenaga anda serta anda juga akan berasa puas. Jadi ia boleh menjadi menyumbang utama lebihan kalori tanpa kita sedari.
Bagi mengelakkan lebihan kalori didalam menu anda, gantikan sahaja pengambilan minuman manis ketika anda menjamu makanan dan gantikanya dengan meminum air putih sahaja. Selain ianya baik untuk kesihatan, ia juga lebih menjimatkan.
Gula juga tidak mengandungi zat-zat penting lain yang diperlukan dan ia juga tidak diperlukan di dalam menu harian kerana tubuh badan anda boleh menukar kandungan karbohidrat yang ada di dalam badan anda kepada gula. Pengambilan gula yang berlebihan boleh menyumbang kepada penyakit lain seperti kencing manis dan kerosakkan gigi.
Selain itu, gula juga boleh membantutkan penghasilan ‘Hormon Leptin’. Hormon ini banyak membantu ketika proses pembakaran lemak. Kekurangan hormon ini juga dapat menyebabkan anda hilang kawalan bagi mengawal selera makan dan ia juga akan menyebabkan lemak lebih banyak terkumpul pada bahagian perut anda.
Dengan kata lain, kekurangan hormon ini didalam badan anda akan menyebabkan anda menjadi semakin gemuk dan ‘buncit’.
Di sini kami telah menyediakan beberapa panduan untuk anda bagi mengurangkan pengambilan garam di dalam makanan anda:
  • Amalkan pengurangan gula dalam makanan secara beransur-ansur supaya ‘sensor’ rasa dapat menerima perubahan.
  • Guna ½ atau ¾ daripada kuantiti gula yang biasa digunakan dalam kek atau minuman.
  • Gunakan buah-buahan segar atau buah-buahan yang ditinkan dalam sirap yang kurang pekat.
  • Gunakan rempah, seperti kayu manis atau buah pala, untuk menambahkan rasa semulajadi tanpa menambah gula.
  • Minum air masak berbanding minuman manis.
  • Gunakan  ‘Stevia’ sebagai pengganti gula di dalam makanan.

No comments:

Post a Comment