TARIKH:- 27-29 NOVEMBER 2012
AKTIVITI:- MEWARNA HIDUPAN LAUT,SPONGBOB,SIPUT COMEL DAN LATIHAN MATEMATIK.
PENYERTAAN SEPANJANG MINGGU:-60 ORANG
ANTARA FOTO YANG SEMPAT DIAMBIL....
JOM TONTON.....
TARIKH:- 7 NOVEMBER 2012
AKTIVITI:-MEWARNA DAN PAKAIAN BERAGAM BAGI KANAK-KANAK TADIKA.
AKTIVITI DEWASA:- GUBAHAN KAIN BATIK,KUPAS EPAL,GUBAHAN DAUN PANDAN,BUAT KARIPAP,BOLA RAGA,BATU SEREMBAN,DAN CONGKAK.
PENYERTAAN MENGALAKAN.
DISINI SAYA LAMPIRKAN GAMBAR2 YANG SEMPAT DIAMBIL.
AKTIVITI PAGI INI SENAMAN BERSAMA KAK ANA. SERAMAI 15 ORANG ADIK-ADIK YANG MENYERTAI. ALHAMDULILAH SEMUANYA BERJALAN DENGAN LANCAR DAN SEDIKIT GAMBAR YANG SEMPAT DI AMBIL.
1. Waktu terbaik untuk senaman bergantung kepada kesesuaian masa setiap
individu, tetapi bagi lelaki, bersenam pada waktu petang antara jam 3 hingga 9 malam dipercayai boleh meningkatkan penghasilan hormon testoren. 2. Bersenam di gimnasium memang alternatif terbaik, tetapi perlu ada jurulatih untuk mengajar menggunakan peralatan dengan betul. 3. Mengamalkan senaman di luar juga adalah baik kerana lebih mudah dan lebih murah. 4. Senaman lembut seperti yoga dan tai chi dan chi gong sangat baik untuk meningkatkan tenaga dan penyembuhan dalaman. 5. Senaman juga akan meningkatkan kemahiran atau keupayaan dalaman terutama dari segi keseimbangan, tenaga, ketangkasan (termasuk kadar tindakbalas), koordinasi, ketepatan dan konsisten serta kepekaan kinestetik. 6. Untuk mendapatkan kekuatan, daya ketahanan dan keanjalan otot, pelajari teknik senaman betul supaya tidak berlaku kecederaan. 7. Individu perlu bersenam sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit tiga kali seminggu, terutama mereka yang mempunyai paras lemak tinggi iaitu melebihi 25 peratus (lelaki) dan 35 peratus bagi wanita. 8. Untuk keselamatan, aktiviti bersenam perlu dihentikan serta merta jika anda berasa sesak nafas, mengalami kaki kejang, terlalu letih, pening atau cuaca atau persekitaran tidak mengizinkan.