Tuesday, August 27, 2013

AKTIVITI GALAKAN MEMBACA BULAN SEPTEMBER 2013


6.9.2013 MARI DENGAR CERITA
7.9.2013 PERLAWANAN KAROM
13.9.2013 SENAMAN MINDA
14.9.2013 PERLAWANAN DAM HAJI
20.9.2013 JOM MAIN SAHIBA
21.9.2013 MEWARNA RIA (SPONGBOB)
27.9.2013 PELAWANAN CONGKAK

28.9.2013 MENCARI MAKNA BI-BM

Wednesday, August 21, 2013

MARI KITA RENUNGKAN....

Kisah Benar


Kanak-kanak itu menjinjit beg sandang berisi buku agama dan panduan solat sunat. Dia mendekati aku dan seperti yang mungkin anda biasa lalui, dia mempromosikan buku itu atau sekurang-kurangnya minta anda menderma.
Walaupun hairan dengan kewujudan kanak-kanak itu, aku menghulurkan juga RM1 dan menolak untuk membeli bukunya. Dengan langkah berat, kanak-kanak itu beralih pula kepada pakcik beca yang sedang menunggu pelanggan kira-kira 10 langkah daripada aku.
Dari jauh aku memerhati gelagat kanak-kanak itu. Lelaki lewat 50an itu pada mulanya menyerahkan RM5. Tersenyum kanak-kanak itu tadi apabila pakcik beca juga menolak untuk menerima buku daripadanya.
“Pakcik derma saja,” jawab lelaki tua itu.

Selepas kanak-kanak itu pergi, dia menyeluk pula saku seluarnya dan mengeluarkan segumpal RM1 dan RM5. Kalau dicongakkan, mungkin lebih RM20.
“Adik!” Lelaki tua itu menjerit memanggil semula kanak-kanak yang sudah beberapa langkah berlalu darinya. Kanak-kanak itu berpaling dan berlari perlahan mendekati pakcik beca semula.
“Nah ambil ni,” katanya sambil menepuk-nepuk bahu si kecil.
Kanak-kanak itu kelihatan terkejut namun tetap mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan senyuman sebelum bersalam mencium tangan pakcik itu, dan berlalu pergi. Ketika itulah aku yang kehairanan mendekati pakcik beca.

Upah naik beca

Aku memberi salam dan disambut mesra pakcik beca. Apabila aku amati, lelaki itulah yang membawa aku bersiar-siar tadi.

“Saya perhatikan pakcik, mula-mula pak cik beri RM5, lepas tu beri lagi segumpal duit. Banyak tu. Kenapa ye?” Aku bertanya.
Dengan senyuman lelaki tua itu menjawab “Saya kesian.”

Jawapan pakcik itu bersahaja tapi ia membuatkan aku lebih hairan.
“Tapi, pak cik pun kerja bawa beca. Itu pendapatan hari ini ke?” soalku.

“Tak apalah. Saya ni masih kuat lagi. Boleh bawa beca tu cari duit lain. Tapi budak macam tu sepatutnya pergi sekolah. Terpaksa cari duit dengan cara macam tu. Apalah sangat akal seorang budak,” jawabnya lagi.

"Tapi, mana tau ada sindiket ke, menyamar ke, atau..." ujar aku yang mahu memberi alasan lain sebelum pakcik itu tiba-tiba memintas kata-katanya.
"Pak cik tak fikir sejauh itu. Ia urusan ALLAH. kita doa yang baik-baik saja pada mereka," jawabnya.
Aku terpempan dengan jawapan pakcik beca. Melihat pakcik beca mahu berlalu, aku hulur sedikit wang kepada pakcik itu, tapi dia menolak. Aku paksa juga sambil bersalam dan menyelit wang di celah-celah tangannya.

“Pakcik anggap saja sebagai upah bawa saya naik beca tadi,” kata aku memujuk pak cik itu untuk menerima pemberianku.

Dengan senyuman pak cik itu menjawab, “Pakcik sedekah tadi ikhlas dan tak minta balasan. Tak sangka secepat ini ALLAH balas sedekah pakcik,” katanya.
Kenyataannya buat aku rasa terpukul apatah lagi membandingkan kemampuan aku dengan pak cik beca yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang itu.
Memang betul kata pakcik itu. Kadang-kadang, bila ada yang minta sedekah, ada saja suara hati yang melarang dengan kata-kata seperti mungkin sindiket, kenapa tak kerja, duit hanya cukup untuk bulan ini dan pelbagai alasan lain yang mengehadkan aku daripada bersedekah.

Teringat pesan emak, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Banyakkan memberi walaupun hanya RM1. Anda bagaimana? Setiap detik yang kita lalui itu ketentuan ALLAH. Dia menghantar kanak-kanak kecil menjual tasbih mahupun buku untuk menguji kita. Untuk memberi kita peluang berbuat pahala dan mengurangkan dosa.
Anggap saja, mungkin kita sudah lama tidak bersedekah hingga ALLAH datangkan mereka betul-betul di hadapan mata. Soal sindiket atau tidak, tipu atau sebagainya, itu bukan urusan kita. ALLAH Maha Mengetahui.

Friday, August 2, 2013

QASIDAH BURDAH

MENGENAL BURDAH

Bacaan Burdah juga di katakan sangat mujarab untuk menyembuhkan penyakit dan mengabulkan hajat-hajat kita dengan izin Allah. Namun terdapat syarat-syarat yang harus dipenuhi iaitu mengulangi bait ‘maula ya solli wa sallim…’, diri dalam keadaan bersih dan perbanyakkan selawat... (pelajarilah ilmu agama selagi terdaya)


Qasidah Burdah adalah puisi berbentuk luahan hati rindu atau ucapan puji-pujian kepada Allah SWT dan Rasulullah s.a.w yang dibuat dalam bentuk syair.  Qasidah Burdah adalah antara qasidah yang termasyhur di dunia dan sentiasa menjadi hiasan bibir sebagai ingatan kepada Rasullulah SAW. Di sebalik bait-bait ayat qasidah ini dan juga kemerduaannya dilagukan. 
Qasidah Burdah ini dikarang dan dibacakan oleh Imam Shareefuddin Muhammad Bashiri atau lebih dikenali sebagai Imam Al Bashiri. Semasa karangan ini dibuat dan dibacakan oleh beliau, beliau sedang kesakitan akibat strok/lumpuh. Setelah dibacakan dan pada satu malam beliau telah bermimpi bertemu dengan Rasullulah SAW dan telah memperdengarkan qasidah ini di hadapan Baginda Rasullulah SAW di dalam mimpi berkenaan. 

Di dalam mimpi yang sama selepas membacakan qasidah ini, beliau telah dihadiahkan pakaian dan kemudiannya beliau terbangun daripada tidur dan beliau telah disembuhkan daripada penyakit lumpuh berkenaan dengan izin Allah SWT.

SEMUA YANG KITA LAKUKAN ADALAH DENGAN IZIN ALLAH(KUNFAYAKUN)