Wednesday, October 31, 2012

PINKS FESTIVAL


THE PENANG INTERNATIONAL STORY TELLING FESTIVAL 2012.(PINKS FEST 2012)IN CONJUNCTION WITH WORLD CHILDREN'S DAY CELEBRATION IS BACK......
ENRICHING LIVES WITH SHOWCASE OF TALES BY:-

NG KOK KE ( MALAYSIA)      MAMA SHAM (MALAYSIA)
CA SSANDRAWYE ( UK)            SHEILA WEE ( S'PORE)
MAMA TOK ( MALAYSIA)           JUDY SHAIK (MALAYSIA)
JASMINE CARISSA WIRAWAN (INDONESIA)
JEN AND NAT WHITMAN (USA)     EMI YA MAZAKILT (JAPAN)
MARK THOMPSON ( UK)                   DINA TUA SUUN ( INDONESIA)


Wednesday, October 24, 2012

PENGERTIAN RAYA KORBAN


SELAMAT HARI RAYA KORBAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM

SALAH satu ibadah amaliah yang dilaksanakan pada sekitar Hari Raya Haji ialah ibadah korban. Ibadah korban bermaksud menyembelih haiwan seperti kambing atau lembu sesudah solat sunat Aidiladha sehingga hari tasyrik iaitu hari ketiga sesudah 10 Zulhijah.
Ia merupakan amalan tradisi para nabi sejak Adam hingga Nabi Muhammad s.a.w.Baginda Rasulullah sendiri dalam sebuah hadis telah mengungkapkan, orang-orang yang tidak melaksanakan ibadah korban sedangkan dia berada dalam keadaan mampu, maka jangan dekat kepada kami yang melaksanakan ibadah ini. Dalam satu peristiwa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah dari Zaid bin Arqam, pernah seorang sahabat bertanya kepada baginda:
‘‘Wahai Rasulullah, apakah erti korban ini?” ujar sahabat.

‘‘Itulah sunah daripada nenekmu Ibrahim,” jawab Rasulullah.

‘‘Apakah keuntungan korban itu untuk kita?” tanya sahabat lagi.

‘‘Tiap-tiap bulunya merupakan satu kebaikan (hasanah),” jawab Rasulullah.

Menurut Syafii hukum korban adalah sunat muakad yang sangat dituntut kepada mereka yang mampu termasuk para hujjaj (jemaah haji) yang berada di Mina dan terutama umat Islam yang berada di kampung halamannya sendiri, kerana ia amalan yang sangat dikasihi Allah pada hari nahar (Hari Raya).
Di dalam al-Quran disebut tentang pengorbanan dua orang anak Adam. Anak pertama memberi korban dengan tulus ikhlas atas dasar niat untuk mematuhi perintah Allah s.w.t. dan mendekatkan diri kepadaNya. Sementara anak yang lain juga berkorban tetapi tidak berdasarkan ketulusan hati dan usaha sungguh-sungguh untuk mendekatkan diri kepada Allah. Oleh itu korban anak yang pertama diterima di sisi Allah manakala anak kedua tidak diterima oleh Allah.
Allah berfirman dalam surah Al- Maidah ayat 27 yang bermaksud: Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Haabil dan Qaabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang antaranya (Haabil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qaabil). Berkata (Qaabil): “Sesungguhnya aku akan membunuhmu.” (Haabil) menjawab: “Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.”
Praktik ibadah korban ini kemudiannya diteruskan oleh Nabi Ibrahim sebagaimana firman Allah dalam surah As-Shaffat ayat 102.Maka takala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengan-Nya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku. Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyebelihmu; maka fikirkan apa pendapatmu? Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintah kepadamu; insya-Allah,ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.
Mengapa Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih Ismail kemudian membatalkan dan menebus dengan kibas? Ini bukan hanya ujian untuk kedua-duanya, bukan juga hanya untuk membuktikan ketabahan keluarga Ibrahim tetapi juga untuk menjelaskan kepada siapa saja bahawa tiada sesuatu yang mahal untuk dikorbankan bila panggilan Ilahi telah datang. Inilah bukti iman sejati. Akan tetapi harus diingat bahawa pembatalan tersebut bukan kerana manusia terlalu mahal untuk berkorban atau dikorbankan kerana Allah, tetapi ia dibatalkan demi kasih sayang Allah kepada manusia.
Amalan berkorban bertindak mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah dan mendekatkan hubungan antara manusia dengan Allah ini dikenali sebagai amaliah yang bersifat vertikal. Sementara amaliah yang bersifat horizontal pula, ibadah penyembelihan korban meningkatkan hubungan antara manusia dengan manusia melalui pembahagian daging-daging korban terutama kepada golongan fakir dan miskin. Ini sebagai petunjuk bahawa takwa yang bersifat personal dan vertikal (hubungan hamba dengan Tuhannya) sering tidak terpisah dengan hubungan hamba itu dan persekitarannya. Justeru, amal sosial seperti korban harus didasarkan kepada Allah. Melalui ibadah korban inilah terselit maknawi yang mendalam bahawa manusia memerlukan pengorbanan dalam menuju kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Korban disyariatkan bagi mengingatkan manusia bahawa jalan menuju kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Akan tetapi yang dikorban bukan manusia, bukan pula nilai-nilai kemanusiaan tetapi binatang sebagai petanda bahawa pengorbanan harus ditunaikan dan bahawa yang dikorbankan adalah sifat-sifat kebinatangan dalam diri manusia saperti sifat rakus, tamak, ego, mengabaikan norma, nilai dan sebagainya. Secara hurufiahnya, kesempurnaan ibadah korban ini bermaksud membunuh segala sifat kebinatangan yang terdapat dalam diri manusia.
Berpandukan daripada kisah Haabil dan Qaabil tentang korban yang diterima oleh Allah, jelas menunjukkan bahawa keikhlasan itu adalah satu sifat yang paling utama dalam ibadah. Amalan berkorban harus menggunakan haiwan yang baik dan tinggi kualitinya, tidak cacat, cukup umur serta banyak dagingnya. Meskipun, hal-hal berkaitan ‘darah’ atau daging itu tidak sampai kepada Allah, tetapi yang lebih penting adalah ketakwaan kepada Allah. Korban itu tidak memberi erti sama sekali untuk Allah kerana Ia adalah Allah, yang Maha Agung, yang tidak memerlukan. Dengan korban tersebut diharapkan agar takwa kita kepada Allah semakin meningkat dan bahawa kita adalah hamba-Nya yang sentiasa memerlukan bimbingan-Nya. Oleh hal yang demikian, kunci kepada semua amalan baik amalan sosial mahupun yang bersifat individual ialah takwa.
Bila pengorbanan binatang ternak sebagai ritual keagamaan dilakukan pada hari-hari tertentu pada bulan korban, maka segala bentuk pengorbanan yang dilakukan oleh umat Islam pada hari-hari yang lain juga dapat disebut pengorbanan bila disertai oleh sikap takwa kepada Allah. Sikap itulah yang akan membezakan dari pengorbanan lain yang dilakukan demi kekasih, demi keluarga dan bangsa yang belum tentu diredai oleh Allah.

Umat Islam akan menyambut Hari Raya Korban dalam satu hari  lagi. Bagi kaum Muslimin yang berkuasa menyembelih korban hendaklah melaksanakan tanpa ragu-ragu sebagai usaha untuk bertaqqarrub atau memerdekakan diri kepada Allah. Berdasarkan keterangan hadis dan firman Allah yang diungkapkan dalam al-Quran, dapat disimpulkan bahawa amalan korban berasal daripada Nabi Ibrahim yang kemudiannya diwarisi oleh baginda sebagai satu ibadah dalam syariat Islam yang sangat dianjurkan untuk dilaksanakan. Ibadah korban ini berasal dari zaman Nabi Ibrahim. Tatkala Nabi Ibrahim bersama puteranya Ismail selesai membina Kaabah di Mekah di atas arahan Allah sebagai pusat kegiatan bagi menegakkan dasar-dasar tauhid, Allah menguji kekuatan iman kedua-dua nabi ini. Pengorbanan itu adalah pengorbanan yang paling tinggi dalam hidup iaitu pengorbanan jiwa dan raga.

SAYANGI ALAM SEKITAR

AKTIVITI GALAKAN MEMBACA SINAR PINTAR
AKTIVITI:- MEWARNA ALAM SEKITAR
TARIKH:- 25 OKTOBER 2012
PENYERTAAN:- 30 KANAK-KANAK






PROMOSI PERPUSTAKAAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BAKAP
SEMPERNA HARI KANAK-KANAK.

TARIKH:- 24 OKTOBER 2012
HARI:- RABU (9 PG-1.30 TGH)
ANTARA AKTIVITI  YANG DIJALANKAN MEWARNA BAGI KANAK-KANAK PRA SEKOLAH,PENDIDIKAN KHAS,TAHUN 1 DAN TAHUN 2.

DAM ULAR ,DAM BAHASA ,DART ILMU DAN DAM SAINS BAGI KANAK-KANAK TAHUN3 - TAHUN 6.
PENYERTAAN SANGAT MENGALAKAN DAN TERIMA KASIH UTK SEMUA GURU-GURU YANG BERKERJA SAMA MENJAYAKANNYA.

FOTO YANG SEMPATDI AMBIL:-
















Friday, October 19, 2012

AKTIVITI GALAKAN MEMBACA SINAR PINTAR

TARIKH:- 19 OKTOBER 2012
AKTIVITI( SILANG KATA)
PENYERTAAN:- 22 ORG KANAK-KANAK
AKTIVITI SILANG KATA INI BERTEMAKAN NEGARA.
INI BERTUJUAN KANAK-KANAK LEBIH BERFIKIR DAN MENGETAHUI NEGARA LUAR YANG TERDAPAT DI SELURUH DUNIA.

ANTARA GAMBAR YANG SEMPAT DIAMBIL.....







Wednesday, October 17, 2012


 (Tajuk: "SUAMI ISTERI HEBAT RUMAHTANGGA BERKAT" )
Penceramah:AL-FADHIL USTAZ MAT ISA BIN ABDUL RAHMAN DARI JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH

Rumahtangga merupakan explorasi cinta yang sangat jauh, penamatnya hingga ke syurga.Ia menagih begitu banyak pengorbanan, pengertian serta yang paling utama ialah kejujuran serta kepercayaan antara pasangan.
Secara umumnya perkahwinan bermakna pasangan suami dan isteri yang tinggal bersama-sama dibawah satu bumbung dan bersedia untuk berkongsi segala suka -duka yang bakal ditempuhi dalam meneruskan kehidupan.
Ikatan Kasih Sayang Dalam Rumahtangga mempunyai beberapa persepsi:
1. Cinta suami isteri itu: KOMITMEN
  - kasih perlu komitmen.
2. Cinta itu :NALURI
3.Cinta itu:FITRAH
  -bila Nabi Adam dicipta,baginda rasa kesunyian.Allah ciptakan hawa sebagai peneman.
 - rasa ingin disayangi dan menyangi itu fitrah manusia
4.Cinta sering terletak di puncak:TOP
5. Cinta sifatnya ALRUISTIC
   -maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri



RACUN DALAM RUMAHTANGGA
1.  Menipu
2.  Harapan/kebebasan
3.  Mengungkit hal yang lalu
4.  Berbeza pendapat
5.  Status yg tinggi
6.  Hal-hal yang menyakitkan hati
7.  Kehidupan yang sangat mendesak
8.  Kawan-kawan dan keluarga

Slot 2( Tajuk:Memelihara paksi keluarga menjamin bahagia) Penceramah :DR JAMNUR AZHAR BIN MULKAN

Memelihara paksi keluarga merupakan satu tuntutan yang besar dalam Islam;
ciri-ciri penting dlm paksi kehidupan untuk menjamin kebahagian rumahtangga ialah
1. Sembahyang Berjemaah (penting dalam pembentukan peribadi anak-anak terutamanya)
2.Kepercayaan dan kasih sayang suami isteri
3. Akhlak , penampilan dan aurat
4. Seorang isteri yang beragama
5.Jangan pandang perkahwinan sebagai beban(negatif) tetapi kena positif kerana perkahwinan juga merupakan salah satu cabang ibadah
6.Melahirkan generasi yang hebat.Menjadi suami atau isteri juga adalah medan untuk menuai pahala (medan ibadah) untuk membawa balik pahala ke alam akhirat.

Slot terakhir :Forum (Tajuk: "BILA SURIA KEMBALI BERSINAR"
moderator:Ustaz Muhammad Imran bin Ibrahim
  Panel:Ustaz Roslan bin Che Rose
           :Ustaz Ramli bin Shafie
Kupasan tajuk yang dibincangkan mengenai sesebuah keluarga yang suram , tiada sinaran  boleh kembali bersinar dengan berpandukan syariat Allah.Pembinaan keluarga mengikut syariat sgt penting untuk menjadikan insan yang cemerlang dunia dan akhirat.Hubungan sesama kita tidak sempurna jika rumahtangga gelap gelita.Seperti yang telah dibincangkan oleh ahli panel rumahtangga yang bahagia juga boleh membawa kepada prestasi kerja yang cemerlang, begitulah sebaliknya.Manusia dijadikan dari jenis kita sendiri maka layanlah pasangan anda seperti manusia  bukannya seperti binatang seperti banyak kes-kes yang berlaku kebelakangan ini.Dalam forum ini ada soalan yang diutarakan oleh moderator:
1.  Apakah yang perlu dielakkan bagi suami isteri untuk keharmonian rumahtangga berkekalan ?
Jawapan: JANGAN LALUKAN 4 PERKARA
1.  Jangan gopoh gapah dalam fahaman, perasaan dan tindakan.
2.  Jangan menyalahi takdir Allah dalam hubungan keluarga
3.  Jangan bandingkan kita  dengan orang lain
4.  Jangan ada dalam diri kita nipisnya kerelaan Qada dan Qadar Allah.
Kunci Suria Kembali Bersinar;
BACA 3X SURAH AL-FATHIR AYAT 29-30 SELEPAS SUBUH
BACA 3X SURAH AL-WAQIAH SELEPAS ISYAK

Soalan kedua:
Banyak kes-kes kecurangan yang berlaku disebabkan oleh wanita  yang bekerjaya.Apakah peranan yang terbaik yang boleh dilakukan oleh mereka (suami isteri) selain daripada kaunseling yang diberikan
Jawapan:
  1. Penyebab:Hilangnya halatuju kehidupan /tidak faham konsep ibadah
Kena memahami konsep ibadah sepenuhnya. Konsep Ibadah sebenarnya cukup luas bukan setakat menunaikan Rukun Islam 5 perkara malah perkahwinan juga merupakan satu ibadah. Berdosa bagi suami isteri melakukan perkara yang demikian.Nilai ibadah tidak ada dalam keluarga.Kita bukan sahaja mencari isteri atau suami TETAPI pahala Allah. Bahagia bukan terletak pada kekayaan , pangkat atau rumah yang besar kecuali kembali pada ALLAH. Bahagia bukan satu pencarian tetapi satu kurniaan.
Tip-tip untuk menyemarakkan kebahagiaan rumahtangga
1. Kenal mengenali
2. Faham memahami
3. Tolong menolong & bantu membantu
'' Katalah (Wahai Muhammad): “wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri(dengan perbuatan-perbuatan maksiat).Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, keran sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Quran:surah az Zumar ,ayat 53)

Pencarian cinta sejati:Dua batang kayu disatukan dengan paku.Dua ketul batu disatukan dengan simen.Dua hati disatukan dengan apa? Jika dua hati disatukan dengan Yang Satu(ALLAH) pasti mudah kedua-duanya bersatu.

Saturday, October 13, 2012

KANAK-KANAK YANG SUKA DISAYANGI

SEHARI BERSAMA ANAK2 PERPUSTAKAAN YANG TIDAK LEKANG DENGAN SENYUMAN. SENTIASA MEMBAHAGIAKAN KU DITEMPAT KERJA.. WALAUPUN RIUH RENDAH, TAPI TIDAK MENJEMUKAN KU MELAYAN KERENA MEREKA YANG DAHAGAKAN ILMU DAN PERHATIAN. KANAK-KANAK ADALAH ISTIMEWA BAGIKU. MEREKALAH PEWARIS AGAMA,BANGSA DAN NEGARA. KU DOAKAN AGAR MEREKA BERJAYA DAN MENJADI ANAK-2 YANG BAIK.

ANTARA FOTO YANG SEMPAT DIAMBIL SEMPERNA AKTIVITI GALAKAN HARI INI YAITU:-

 FAMILY TREE ATAUPUN POKOK KELUARGA. SATU HASIL KANAK-KANAK YANG MENHASILKAN KRETIVITI MEREKA .

PENYERTAAN SERAMAI:- 30 KANAK-KANAK 

PEMENANG:- ADIK SAZWANI,ADIK SURAYA DAN ADIK SYAFIQAH



















Friday, October 12, 2012

SEHARI DI PERPUSTAKAANKU

ALHAMDULILAH BEGITU MENGALAKAN KEHADIRAN PENGGUNA HARI INI ....TERIMA KASIH PADA ADIK-ADIK YANG TERUS MEMBERI SOKONGAN DAN TIDAK JEMU DATANG KE PERPUSTAKAAN ...DATANGMU MEMBAWA BERKAT ,PULANGMU MEMBAWA ILMU YANG BERGUNA.

AKTIVITI HARI INI BELAJAR BUAT FACEBOOK.

ANTARA PIC YANG SEMPAT DIAMBIL:-












BULAN BAHASA

AKTIVITI GALAKAN MEMBACA SINAR PINTAR SEMPERNA BULAN BAHASA

AKTIVITI:- MARI BERPANTUN
PENYERTAAN:- 10 ORG
TARIKH:-12 ORG
PEMENANG:- ADIK MOHD FAIZ DAN SITI HAWA









KUIZ MATEMATIK

AKTIVITI GALAKAN MEMBACA SINAR PINTAR

AKTIVITI:- KUIZ MATEMATIK

PESERTA:- 25 ORG
 TARIKH:- 6/10/2012 (11 PAGI-12 TGH)
PEMENANG:- ADIK NAZWANI DAN ADIK SAZANI

ANTARA FOTO YANG SEMPAT DIAMBIL:-




Monday, October 8, 2012

SEKADAR RENUNGAN

Sekadar ingin berkongsi ilmu yang didapati dari INTURA pada sesi Bicara Sahsiah

Seorang Ustaz  dari Pejabat Mufti Negeri Kedah memberikan ceramah pada hari tersebut. Ada 10 perkara/hal yang percuma yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit atau harta benda, iaitu :
1. Tidur
2. Masa
3. Rasa Bahagia atau Ketenangan
4. Anak
5. Rasa Cinta
6. Persahabatan
7. Kesihatan yang baik
8. Kemahiran / Skill
9. Bakat
10. Kedamaian
- Semua perkara di atas adalah kurniaan Allah Taala. Hanya orang terpilih yang mendapatnya. Jadi bersyukurlah jika kita mendapat salah satu atau kesemua darinya kerana wang ringgit bukan jaminan semata-mata

Pesanan Ustaz tersebut juga : Sebelum keluar rumah, peluklah pasangan anda, terutama para suami - peluklah isteri kerana ia dapat menghilangkan 5 jenis penyakit. Seeloknya sehari 7 kali. (Maaf, beliau tidak menerangkan apa jenis penyakit yang dimaksudkan)


Apabila kita memeluk bayi,isteri dan anak, satu perasaan lega kerana serotonin diaktifkan apabila berlaku sentuhan. Serotonin adalah cecair hormon yang dapat meningkatkan rasa gembira. Dengan sentuhan juga dopamin dapat ditingkatkan. Kekurangan Dopamin menyebabkan manusia akan nyanyuk dan terkena penyakit parkinson. Dengan memeluk anak-anak, maka sistem kecerdasan mereka dapt ditingkatkan.Ini adalah berdasarkan satu kajian telah dilakukan bahawa anak-anak yang sering mendapat pelukan dari ibu bapanya mempunyai kecerdasan,penghargaan kendiri tinggi dan keyakinan yang lebih tinggi dari yang tidak berbuat demikian.


Sentuhan tangan dan mendekatkan tangan di kawasan yang sakit sama ada pada diri sendiri dapat membantu melegakan malah boleh juga menyembuhkan penyakit sepertimana yang diamalkan oleh pengamal perubatan REIKI. Pada tangan tersebut mengalir tenaga magnetik dan elektrik yang dapat memperbaiki sistem pertahanan badan. Pengamal REIKI menggunakan tenaga aura dan getaran seperti tanah, air, api , cahaya matahari dan tumbuh-tumbuhan dari alam semula jadi dengan izin Allah lalu mengalirkan tenaga ini sebagai rawatan kepada penyakit fizikal badan.


Bagi para suami sekalian pula rajin-rajinlah peluk dan mencium isteri supaya kamu dan isteri selalu sihat dan ceria kerana sentuhan anda adalah ajaib!
 

Friday, October 5, 2012

JADUAL AKTIVITI OKTOBER

MAI RAMAI-RAMAI AKTIVITI MENARIK MENANTI ADIK-ADIK PADA BULAN INI.

Asal Usul Batu Seremban

Batu Serembat juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan ini gemar dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan – dua orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu seremban selalunya dimain pada waktu lapang – di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Dalam permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
ANTARA GAMBAR SEKITAR AKTIVIT YANG DIJALANKAN:-
TARIKH:- 5 OKTOBER 2012
PESERTA:- 24 ORG
PEMENANG:- ADIK NURHIDAYAH,ADIK PUTERI,ADIK TASYA DAN ADIK HUSNA.