Sunday, February 12, 2012

Penyertaan Rekaan Fesyen Muslimah


Syarat-syarat Penyertaan & Pertandingan
· TEMA/KONSEP : BUSANA MUSLIMAH 
· Penyertaan terbuka kepada semua pereka warganegara Malaysia
· Pereka perlu menyediakan sebuah rekaan pakaian bagi wanita
·Pereka perlulah menghantar lakaran rekaan bersaiz A4(dalam bentuk folio) kepada penganjur untuk dinilai. Pereka digalakkan untuk menghantar rekaan dari sudut pandangan depan dan belakang.
·  Semua lakaran dan hasil rekaan yang dikemukakan mestilah hasil ciptaan asli dan tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan rekaan sebelum ini.
· Setiap lakaran perlulah disertakan dengan penyataan dan maklumat ringkas rekaan seperti nama rekaan, konsep dan teknik, fabrik yang digunakan, warna dan sasaran pengguna.
· Setiap pereka boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan.
· Pemenang akan ditentukan menerusi juri dan jawatankuasa yang dianggotai oleh para profesional.
· Sebarang kos adalah ditanggung oleh peserta sendiri.
· Sila ambil perhatian bahawa tarikh tutup penghantaran borang penyertaan beserta lakaran rekaan ialah pada 10 Mac  2012 di pejabat urusetia atau mana-mana perpustakaan desa berdekatan.
· Keputusan bagi lakaran yang berjaya akan diumumkan oleh pihak penganjur pada 17 Mac 2012.
· Jom sertai pertandingan ini kerana hadiah menarik menanti anda.

Hal-hal Lain
Pihak penganjur berhak untuk mempamerkan hasil kerja pemenang untuk tujuan publisiti.Hasil rekaan yang dihantar adalah menjadi hak milik penganjur dan tidak akan dikembalikan.
Syarat dan peraturan ini adalah tertakluk kepada pindaan yang akan dibuat dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan demi mempertingkatkan mutu penganjuran dan memberikan keadilan kepada semua pihak.
Semua keputusan juri adalah MUKTAMAD. Segala bentuk bantahan tidak akan dilayan.

Sila dapatkan borang penyertaan di Perpustakaan  Desa Siber Ilmu Sungai Duri. 04-5828708.




No comments:

Post a Comment