Monday, October 8, 2012

SEKADAR RENUNGAN

Sekadar ingin berkongsi ilmu yang didapati dari INTURA pada sesi Bicara Sahsiah

Seorang Ustaz  dari Pejabat Mufti Negeri Kedah memberikan ceramah pada hari tersebut. Ada 10 perkara/hal yang percuma yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit atau harta benda, iaitu :
1. Tidur
2. Masa
3. Rasa Bahagia atau Ketenangan
4. Anak
5. Rasa Cinta
6. Persahabatan
7. Kesihatan yang baik
8. Kemahiran / Skill
9. Bakat
10. Kedamaian
- Semua perkara di atas adalah kurniaan Allah Taala. Hanya orang terpilih yang mendapatnya. Jadi bersyukurlah jika kita mendapat salah satu atau kesemua darinya kerana wang ringgit bukan jaminan semata-mata

Pesanan Ustaz tersebut juga : Sebelum keluar rumah, peluklah pasangan anda, terutama para suami - peluklah isteri kerana ia dapat menghilangkan 5 jenis penyakit. Seeloknya sehari 7 kali. (Maaf, beliau tidak menerangkan apa jenis penyakit yang dimaksudkan)


Apabila kita memeluk bayi,isteri dan anak, satu perasaan lega kerana serotonin diaktifkan apabila berlaku sentuhan. Serotonin adalah cecair hormon yang dapat meningkatkan rasa gembira. Dengan sentuhan juga dopamin dapat ditingkatkan. Kekurangan Dopamin menyebabkan manusia akan nyanyuk dan terkena penyakit parkinson. Dengan memeluk anak-anak, maka sistem kecerdasan mereka dapt ditingkatkan.Ini adalah berdasarkan satu kajian telah dilakukan bahawa anak-anak yang sering mendapat pelukan dari ibu bapanya mempunyai kecerdasan,penghargaan kendiri tinggi dan keyakinan yang lebih tinggi dari yang tidak berbuat demikian.


Sentuhan tangan dan mendekatkan tangan di kawasan yang sakit sama ada pada diri sendiri dapat membantu melegakan malah boleh juga menyembuhkan penyakit sepertimana yang diamalkan oleh pengamal perubatan REIKI. Pada tangan tersebut mengalir tenaga magnetik dan elektrik yang dapat memperbaiki sistem pertahanan badan. Pengamal REIKI menggunakan tenaga aura dan getaran seperti tanah, air, api , cahaya matahari dan tumbuh-tumbuhan dari alam semula jadi dengan izin Allah lalu mengalirkan tenaga ini sebagai rawatan kepada penyakit fizikal badan.


Bagi para suami sekalian pula rajin-rajinlah peluk dan mencium isteri supaya kamu dan isteri selalu sihat dan ceria kerana sentuhan anda adalah ajaib!
 

No comments:

Post a Comment