Tuesday, June 4, 2013

ISRAK DAN MIKRAJ BUKTI KEKUATAN IMAN PARA SAHABAT

Peristiwa Israk Mi’raj sebenarnya menjelaskan kepada kita bahawasanya Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menerima wahyu daripada Allah dengan cara bertemu dengan Allah secara langsung di atas langit. Allah memuliakan kedudukan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Baginda ditenangkan oleh Allah dari kesedihan dan musibah yang ditimpakan ke atas Baginda. Dapat kita pelajari bahawasanya cara untuk menenangkan diri adalah dengan mengembalikan diri kita kepada Allah, mengadu kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Peristiwa Israk dan Mikraj juga menunjukkan bagaimana wujudnya sahabat-sahabat Nabi yang kukuh imannya dan sentiasa membenarkan perkataan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam tanpa syak dan keraguan. Bagaimana jiwa seperti Abu Bakar Al-Siddiqradhiyallahu ‘anhu apabila Nabi memberitahu bahawa semalam aku pergi ke Masjidil Aqsa, dan hari ini aku telah kembali. Satu hal yang sukar untuk dipercayai pada zaman itu. Tetapi jiwa-jiwa tersebut adalah jiwa-jiwa yang mulia. Jiwa yang percaya kepada Nabisallallahu ‘alaihi wasallam tanpa berbelah bahagi.

No comments:

Post a Comment