(Tajuk: "SUAMI ISTERI HEBAT RUMAHTANGGA BERKAT" )
Penceramah:AL-FADHIL USTAZ MAT ISA BIN ABDUL RAHMAN DARI JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH
Rumahtangga merupakan explorasi cinta yang sangat jauh, penamatnya hingga ke syurga.Ia menagih begitu banyak pengorbanan, pengertian serta yang paling utama ialah kejujuran serta kepercayaan antara pasangan.
Secara umumnya perkahwinan bermakna pasangan suami dan isteri yang tinggal bersama-sama dibawah satu bumbung dan bersedia untuk berkongsi segala suka -duka yang bakal ditempuhi dalam meneruskan kehidupan.
Ikatan Kasih Sayang Dalam Rumahtangga mempunyai beberapa persepsi:
1. Cinta suami isteri itu: KOMITMEN
- kasih perlu komitmen.
2. Cinta itu :NALURI
3.Cinta itu:FITRAH
-bila Nabi Adam dicipta,baginda rasa kesunyian.Allah ciptakan hawa sebagai peneman.
- rasa ingin disayangi dan menyangi itu fitrah manusia
4.Cinta sering terletak di puncak:TOP
5. Cinta sifatnya ALRUISTIC
-maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri
RACUN DALAM RUMAHTANGGA
1. Menipu
2. Harapan/kebebasan
3. Mengungkit hal yang lalu
4. Berbeza pendapat
5. Status yg tinggi
6. Hal-hal yang menyakitkan hati
7. Kehidupan yang sangat mendesak
8. Kawan-kawan dan keluarga
Slot 2( Tajuk:Memelihara paksi keluarga menjamin bahagia) Penceramah :DR JAMNUR AZHAR BIN MULKAN
Memelihara paksi keluarga merupakan satu tuntutan yang besar dalam Islam;
ciri-ciri penting dlm paksi kehidupan untuk menjamin kebahagian rumahtangga ialah
1. Sembahyang Berjemaah (penting dalam pembentukan peribadi anak-anak terutamanya)
2.Kepercayaan dan kasih sayang suami isteri
3. Akhlak , penampilan dan aurat
4. Seorang isteri yang beragama
5.Jangan pandang perkahwinan sebagai beban(negatif) tetapi kena positif kerana perkahwinan juga merupakan salah satu cabang ibadah
6.Melahirkan generasi yang hebat.Menjadi suami atau isteri juga adalah medan untuk menuai pahala (medan ibadah) untuk membawa balik pahala ke alam akhirat.
Slot terakhir :Forum (Tajuk: "BILA SURIA KEMBALI BERSINAR"
moderator:Ustaz Muhammad Imran bin Ibrahim
Panel:Ustaz Roslan bin Che Rose
:Ustaz Ramli bin Shafie
Kupasan tajuk yang dibincangkan mengenai sesebuah keluarga yang suram , tiada sinaran boleh kembali bersinar dengan berpandukan syariat Allah.Pembinaan keluarga mengikut syariat sgt penting untuk menjadikan insan yang cemerlang dunia dan akhirat.Hubungan sesama kita tidak sempurna jika rumahtangga gelap gelita.Seperti yang telah dibincangkan oleh ahli panel rumahtangga yang bahagia juga boleh membawa kepada prestasi kerja yang cemerlang, begitulah sebaliknya.Manusia dijadikan dari jenis kita sendiri maka layanlah pasangan anda seperti manusia bukannya seperti binatang seperti banyak kes-kes yang berlaku kebelakangan ini.Dalam forum ini ada soalan yang diutarakan oleh moderator:
1. Apakah yang perlu dielakkan bagi suami isteri untuk keharmonian rumahtangga berkekalan ?
Jawapan: JANGAN LALUKAN 4 PERKARA
1. Jangan gopoh gapah dalam fahaman, perasaan dan tindakan.
2. Jangan menyalahi takdir Allah dalam hubungan keluarga
3. Jangan bandingkan kita dengan orang lain
4. Jangan ada dalam diri kita nipisnya kerelaan Qada dan Qadar Allah.
Kunci Suria Kembali Bersinar;
BACA 3X SURAH AL-FATHIR AYAT 29-30 SELEPAS SUBUH
BACA 3X SURAH AL-WAQIAH SELEPAS ISYAK
Soalan kedua:
Banyak kes-kes kecurangan yang berlaku disebabkan oleh wanita yang bekerjaya.Apakah peranan yang terbaik yang boleh dilakukan oleh mereka (suami isteri) selain daripada kaunseling yang diberikan
Jawapan:
- Penyebab:Hilangnya halatuju kehidupan /tidak faham konsep
ibadah
Tip-tip untuk menyemarakkan kebahagiaan rumahtangga
1. Kenal mengenali
2. Faham memahami
3. Tolong menolong & bantu membantu
'' Katalah (Wahai Muhammad): “wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri(dengan perbuatan-perbuatan maksiat).Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, keran sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Quran:surah az Zumar ,ayat 53)
Pencarian cinta sejati:Dua batang kayu disatukan dengan paku.Dua ketul batu disatukan dengan simen.Dua hati disatukan dengan apa? Jika dua hati disatukan dengan Yang Satu(ALLAH) pasti mudah kedua-duanya bersatu.
No comments:
Post a Comment