Tuesday, July 31, 2012


SINOPSIS BUKU BULAN JULAI
KELEBIHAN BERSAHUR

Bulan Ramadhan satu bulan dari pada 12 bulan dalam Islam .Bulan Ramadhan bukan hanya bulan berpuasa semata-mata. Bulan Ramadhan melahirkan umat dermawan ,umat budiman , umat pencinta Al-Quran, abid-abid pada tengah malam dan ahli-ahli iktikaf di rumah-rumah Allah.
Wahai orang-orang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (surah al-Baqarah : ayat 183)
Orang yang di dalam hatinya ada iman akan menyahut perintah Allah ini tetapi sebaliknya orang yang di dalam hatinya tiada iman pasti akan meningalkan puasa dengan pelbagai alasan.
Hidup mesti ada strategi dan perancangan bukan main hentam “keromo” dan tanpa tujuan.Misi puasa adalah untuk mencapai takwa.

Sabda Rasulullah SAW :- “Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”.

  1. Sahur adalah rahmat dan keberkatan Allah untuk umatnya. Walaupun hanya seteguk air.
  1. Sahur juga membantu menguatkan badan orang yang berpuasa untuk mengerjakan ibadah puasa pada sebelah siang hari.
  1. Kita disunatkan mengakhirkan 10-15 minit sebelum laungan azan.
  1. Rasulullah juga bersabda bersahur bersamaan 50 ayat suci al-quran.
  1. Amalan bersahur ini membezakan orang islam dengan orang yahudi.
  1. Malah sahur ini adalah satu amalan sunat yang berkat. Sesungguhnya Allah dan malaikat mengucapkan selawat keatas orang yang berdoa.



No comments:

Post a Comment