Monday, May 21, 2012


Tahukah anda pada MALAM INI ... Isnin 21 Mei 2012...

Adalah malam 1 Rejab.. Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, ALLAH SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab...Bulan Rejab dikenali juga sebagai bulan Istighfar...

Jadi,perbanyakkan doa mudah-mudahan ALLAH ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab.. Perbanyakkan Istighfar, minta ampun daripada ALLAH SWT...

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah
muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan
umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam
NISFUnya
Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang
menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan
daripada
penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu
neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu,
MENGUCAP
DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan
perhentian
di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di
dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

No comments:

Post a Comment